Saturday, December 31, 2011

Kasih Ibu Sampai ke Syurga

Ibu,
Selepas ayah pergi
Kaulah ketua keluarga
Kau mencari rezeki
Kau menggurus rumah tangga

Ibu,
Penatmu tak pun hilang
Selepas seharian bekarja
Mencari rezeki untuk anak-anakmu
Namun kau gagahi diri melayan kami

Ibu,
Ketika hari cuti
Kau tidak berehat di rumah
Sebaliknya kau bertungkus lumus
Mengambil upah melakukan kerja sampingan

Ibu,
Kegigihan dan ketabahanmu
Membuatkan kami teharu
Setiap onak duri kau lalui dengan tenang
Kau terus berusaha dan berdoa

Ibu,
Kini kami sudah dewasa
Kami punya kerja dan pendapatan
Semuanya hasil didikan ibu
Terima kasih kerana memberi yang terbaik

Ibu,
Percayalah walaupun kami sudah berkeluarga
Namun kami tidak akan sesekali
Megabaikan mu
Kaulah ratu hatiku

  • KAULAH RATU HATIKU

1 comment: